About Us

 Toll Concessions

 What's New?

 Resource Centre

 Home

 Contact Us

 Sitemap


Home / What's New / News & Events

News & Events

Sinar Harian

September 25, 2008
200,000 kenderaan lalui tol Gombak


"Ir. Mohamad Razali mengedarkan risalah dan kuih raya kepada seorang pengguna tol."

GOMBAK - Hari raya Aidilfitri hanya tinggal dua hari sahaja lagi, Lebuhraya Pantai Timur di bawah MTD Prime Sdn Bhd telah mengadakan kempen keselamatan Aidilfitri bagi pengguna lebuh raya itu di sini, kelmarin.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Mohamad Razali Othman berkata, jumlah pengguna yang menggunakan lebuh raya pantai timur itu meningkat sehingga 200,000 kenderaan setiap hari bermula semalam.

Katanya, ia adalah program tahunan yang diadakan khusus untuk memberi nasihat kepada orang ramai mula pulang ke kampong di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang supaya berhati-hati ketika memandu.

"Sering kali kes kemalangan meningkat setiap kali musim perayaan. Ini salah satu inisiatif kita bagi mengelak dan mengurangkan kejadian seperti itu dengan mengedar pelekat, risalah keselamatan dan kuih raya kepada pengguna.

"Sebanyak 3,000 risalah telah diedarkan pada hari pertama kempen di Tol Gombak bermula jam 11 pagi dengan jumlah keseluruhan yang akan diedarkan sebanyak 10,000 keping," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Turut hadir, Pengurus Besar Konsesi, Rijaluddin Salleh dan Pengarah Wilayah Timur Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Husain Osman.

Menurut Ir Mohamad Razali, pengguna boleh mengelakkan kesesakan berlaku di lebuh raya itu dengan mendapatkan maklumat daripada pusat perkhidmatan trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi talian hotline LLM 1-8008-87722.

"Di lebuh raya ini sahaja sebanyak tiga kamera telah dipasang iaitu di Karak, Temerloh dan Kuantan bagi memberikan maklumat kepada pengguna mengetahui situasi lebuh raya melalui siaran radio dan televisyen termasuk perkhidmatan SMS," katanya.

Menurutnya, kesesakan yang sering berlaku di Tol Gombak setiap tahun akan diatasi dengan merancang memasang kamera supaya pemandu di masa akan dating dapat mengetahui sama ada tol tersebut sesak atau tidak sebelum menuju ke tol berkenaan.

"Kami mengharapkan supaya pengguna dapat menggunakan maklumat trafik yang diberikan bagi merancang perjalanan supaya tidak terperangkap dalam kesesakan termasuk mematuhi had laju yang ditetapkan," katanya.

- Nor Farhana Yaacob.

>top




25 September 2008
200,000 kenderaan lalui tol Gombak
 More

18 September 2008
MTD rai anak yatim, warga emas
 More

06 February 2008
MTD lancar kempen keselamatan
 More

________________________ Investor Relations
Contact Us
Tel : 603-6195 1111
Fax : 603-6188 0101


© 2004 by MTD Infraperdana Bhd, Malaysia. All rights reserved. Privacy Policy. Contact Web Master Site by X!Mnet Malaysia Sdn. Bhd.